Hakuniversal.com merupakan sebuah platform bebas yang diwujudkan untuk menyampaikan maklumat dan meningkatkan pengetahuan tentang hak asasi manusia. Inisiatif ini wujud kerana ketidakadilan terhadap minoriti, wanita dan golongan terpinggir masih terus berlaku dalam masyarakat kita. Prinsip hak asasi manusia masih sering dikebelakangkan semata-mata untuk mempertahankan amalan lama, prasangka atau menjaga kepentingan jawatan serta kedudukan pihak tertentu.
Kami percaya kepada kepentingan fakta dan kesedaran masyarakat dalam memelihara kesejahteraan dan mencapai kemajuan sosial yang inklusif. Setiap individu mestilah mempunyai kebebasan untuk menjalani kehidupan dengan bermaruah di bawah perlindungan undang-undang serta dasar yang adil dan saksama.
Kita semua mempunyai tanggungjawab bersama untuk memelihara hak universal ini dan ayuh kita bersama-sama memastikan tiada sesiapa yang diketepikan demi menjamin masa depan yang selamat, adil dan saksama untuk seluruh lapisan masyarakat.
